Salam Winter & Happy New Year 2012!!!
Alhamdulillah. Thank God.
Petang tadi, selesai sudah peperiksaan akhir bagi semester
1, tahun satu di JUST secara rasmi usai computer exam for Biology 103. Rasa
lega. Dan esok bermula JAULAH MEJ 5 2.0 di Jordan menjelajah ke Petra, Wadi Rum,
Aqabah dan yang paling penting shopping sakan di Amman. Insya Allah.
Gembira ku rasa bak bunga rafflesia yang mekar di kepulauan
Borneo. Oh, itulah berita gembiranya.
Tapi sepanjang minggu yang belakangan ini, ada beberapa
berita yang mengejutkan bagi aku.
1.
Berita Mengejut Pertama
Hari Rabu lepas bersamaan 4.1.2012 bapak polisi
di Jordan call aku sebab…..
Sebab dia dah jumpa calon isteri yang
sesuai untuk aku, hehehe.
Ceh! Gurau jek. Sebenarnya aku diarahkan
untuk ke balai polis bagi sesi pengecaman suspek bagi kes rompakan yang berlaku
masa hari ke-19 aku di Jordan kalau tak silap aku. Sebenarnya aku syak sorang
mamat tu, tapi aku cakap lah yang ciri2x yang ada pada mamat tu 70% sama dengan
mamat yang rompak aku pada malam kejadian. Sebab masa tu agak gelap, jadi aku
tak nampak sangat muka perompak. Tapi si polis tu kata dia nak confirmation daripada aku 100%. Tak nak
70% ke, 80% ke. Aku pun fikir balik kalau aku kata ya, yang mamat tu lah
perompaknya, nanti jadi kes mahkamah lagi susah. Aku datang sini nak belajar,
nak jadi doktor gigi. Bukan nak cari pasal. Lagipun masih dalam mood exam.
Aku pun ada terfikir how come if the person
is really not the night-robber. And then I accuse him of something he didn’t do
at all. Na’uzubillahhiminzalik!
So, aku pun memberikan jawapan bahawa aku
kurang pasti setelah hampir setengah jam membuat keputusan.
2.
Berita Mengejut Kedua:
Kes Amalina Che Bakri.
PANAS! Nur Amalina Che Bakri, pelajar
terbaik SPM 2004 mengejutkan rakyat Malaysia dengan gambar2x peribadi milik
beliau yang dicuri dari facebook tersiar di laman maya. Adakah benar semua ini?
Memang aku agak terkilan jugak sebab masa
aku UPSR dulu salah satu sebab aku beli pensel dan pemadam STABILO Exam Grade
adalah sebab dutanya Amalina Che Bakri. Mula2x aku macam tak percaya, tapi
lepas tu aku cuba rasakan macam mana kalau di tempat Amalina.
Nur Amalina Che Bakri ialah pelajar yang
memegang rekod Sijil Pelajaran Malaysia sehingga 2007, lahir pada tanggal 7
Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan. Dia memperoleh 17 1A di mana rekod
bilangan 1A terbanyak yang dicapai oleh pelajar dalam sejarah pendidikan
Malaysia pada masa itu mengatasi rekod 15 1A milik idola aku. Dia ditaja oleh
Bank Negara Malaysia untuk mempelajari bidang perubatan di United Kingdom dan
membuat A-level di UK. Akhirnya ibu Amalina sendiri mengesahkan itu memang
anaknya dan Amalina sendiri membuat pengakuan di youtube.
Bagi aku benda ni senang ja. Kalau kita
sedar siapa diri kita memang takkan berlaku kes2x macam ni. Dari satu sudut,
ialah sudut Amalina sendiri. Sekiranya beliau tahu siapakah dirinya di mata
masyarakat, pasti beliau akan berfikir beberapa kali sebelum tampil dengan imej
sedemikian. Imejnya dalam foto2x tersebut memang daring habis, tapi perkara
yang dah berlaku tak boleh ditarik semula kan?
Sudut yang kedua pula ialah kita sebagai
masyarakat. Aku dapati kebanyakan daripada kita memilih untuk menghentam dan
menghukum Amalina tanpa kita berfikir bagaimana perasaan beliau dengan
penyebaran gambar2x peribadi tanpa keizinannya. Sebnarnya kalau difikirkan
semula typical teenager suka bereksperimen. Andai kata budak dalam gambar tu
bukan Amalina, pasti kita takkan bising. Paling2x benci dalam hati je.
Orang kutuk Amalina, kata mereka, baru duduk
oversea berapa tahun cakap pun pelat. Alah kat Malaysia pun berlambak yang
pelat cakap melayu tak pun buat2x pelat cakap Melayu. Emily Ng pun fasih cakap
Bahasa Melayu! (Ceh, interframe Emily. BTW, Emily How are you? Lama tak jumpa)
Biasalah orang yang tak pi or belajar kat
oversea. Bukan nak kerek tapi kadang2x suasana di sekeliling sedikit sebanyak
merubah diri kita. Orang yang merasainya boleh kata, eleh, nak kerek duduk
oversea baru berapa tahun dan dalam konteks diri aku ni pulak duduk oversea
baru beberapa bulan setakat ni, tapi harus diakui ada pengaruh2x yang akan
mempengaruhi kita. Kesimpulannya, kalau kita memang baik lakukanlah tindakan
yang selalu dibuat oleh orang yang baik-baik. Bukan menghentam, mengutuk,
mengeji dan sebagainya.
Lagi satu. Aku berpendapat aib orang tak
perlu diheboh2xkan. Dan aku rasa Amalina ni dikenakan oleh orang yang dengki
dengannya. Ini telahan aku je lah kan.
Okey, habis cerita tentang Amalina Che
Bakri.
3.
Berita Mengejut Ketiga:
Tadi aku stalk pak cik Google dan aku tengok
berita2x kat portal2x berita online dan blog2x. Biasalah, duduk
oversea. Itu sahaja cara yang mudah untuk akses berita2x dari Malaysia selain
facebook. Akibatnya, terjumpalah aku pasal selebriti kat Malaysia yang memang
aku respect jugaklah.
Cover Majalah GLAM & GLAM Lelaki
Januari 2011
Tengok sendiri dan nilaikan.
Aku malas nak berceloteh panjang.
Sekian entri kali ini. Terima kasih.
P/s: Nanti aku update mengenai Jaulah Jordan MEJ 5
2.0 @ Pelancongan Cuti Semester 1, Tahun 1.









amboi...siap nama Emily kau angkat..hahahaha...nama saya xde pun???hahahha...gurau je...but,siyez cakap...emily mmg fasih BM
BalasPadamHaha. Bee pun sama. Fasih BM. It's an honour to know u, guyz.
Padamthx..its an honour to know u too :)
BalasPadam