Ahad, 8 Januari 2012

Tahun Baru, Berita Gembira & Berita Mengejut




Salam Winter & Happy New Year 2012!!!

Alhamdulillah. Thank God.
Petang tadi, selesai sudah peperiksaan akhir bagi semester 1, tahun satu di JUST secara rasmi usai computer exam for Biology 103. Rasa lega. Dan esok bermula JAULAH MEJ 5 2.0 di Jordan menjelajah ke Petra, Wadi Rum, Aqabah dan yang paling penting shopping sakan di Amman. Insya Allah.





Gembira ku rasa bak bunga rafflesia yang mekar di kepulauan Borneo. Oh, itulah berita gembiranya.



Tapi sepanjang minggu yang belakangan ini, ada beberapa berita yang mengejutkan bagi aku.

1.       Berita Mengejut Pertama

Hari Rabu lepas bersamaan 4.1.2012 bapak polisi di Jordan call aku sebab…..
Sebab dia dah jumpa calon isteri yang sesuai untuk aku, hehehe.

Ceh! Gurau jek. Sebenarnya aku diarahkan untuk ke balai polis bagi sesi pengecaman suspek bagi kes rompakan yang berlaku masa hari ke-19 aku di Jordan kalau tak silap aku. Sebenarnya aku syak sorang mamat tu, tapi aku cakap lah yang ciri2x yang ada pada mamat tu 70% sama dengan mamat yang rompak aku pada malam kejadian. Sebab masa tu agak gelap, jadi aku tak nampak sangat muka perompak. Tapi si polis tu kata dia  nak confirmation daripada aku 100%. Tak nak 70% ke, 80% ke. Aku pun fikir balik kalau aku kata ya, yang mamat tu lah perompaknya, nanti jadi kes mahkamah lagi susah. Aku datang sini nak belajar, nak jadi doktor gigi. Bukan nak cari pasal. Lagipun masih dalam mood exam.
Aku pun ada terfikir how come if the person is really not the night-robber. And then I accuse him of something he didn’t do at all. Na’uzubillahhiminzalik!



So, aku pun memberikan jawapan bahawa aku kurang pasti setelah hampir setengah jam membuat keputusan.


2.       Berita Mengejut Kedua:

Kes Amalina Che Bakri.

PANAS! Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2004 mengejutkan rakyat Malaysia dengan gambar2x peribadi milik beliau yang dicuri dari facebook tersiar di laman maya. Adakah benar semua ini?



Memang aku agak terkilan jugak sebab masa aku UPSR dulu salah satu sebab aku beli pensel dan pemadam STABILO Exam Grade adalah sebab dutanya Amalina Che Bakri. Mula2x aku macam tak percaya, tapi lepas tu aku cuba rasakan macam mana kalau di tempat Amalina.

Nur Amalina Che Bakri ialah pelajar yang memegang rekod Sijil Pelajaran Malaysia sehingga 2007, lahir pada tanggal 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan. Dia memperoleh 17 1A di mana rekod bilangan 1A terbanyak yang dicapai oleh pelajar dalam sejarah pendidikan Malaysia pada masa itu mengatasi rekod 15 1A milik idola aku. Dia ditaja oleh Bank Negara Malaysia untuk mempelajari bidang perubatan di United Kingdom dan membuat A-level di UK. Akhirnya ibu Amalina sendiri mengesahkan itu memang anaknya dan Amalina sendiri membuat pengakuan di youtube.




Bagi aku benda ni senang ja. Kalau kita sedar siapa diri kita memang takkan berlaku kes2x macam ni. Dari satu sudut, ialah sudut Amalina sendiri. Sekiranya beliau tahu siapakah dirinya di mata masyarakat, pasti beliau akan berfikir beberapa kali sebelum tampil dengan imej sedemikian. Imejnya dalam foto2x tersebut memang daring habis, tapi perkara yang dah berlaku tak boleh ditarik semula kan?

Sudut yang kedua pula ialah kita sebagai masyarakat. Aku dapati kebanyakan daripada kita memilih untuk menghentam dan menghukum Amalina tanpa kita berfikir bagaimana perasaan beliau dengan penyebaran gambar2x peribadi tanpa keizinannya. Sebnarnya kalau difikirkan semula typical teenager suka bereksperimen. Andai kata budak dalam gambar tu bukan Amalina, pasti kita takkan bising. Paling2x benci dalam hati je.

Orang kutuk Amalina, kata mereka, baru duduk oversea berapa tahun cakap pun pelat. Alah kat Malaysia pun berlambak yang pelat cakap melayu tak pun buat2x pelat cakap Melayu. Emily Ng pun fasih cakap Bahasa Melayu! (Ceh, interframe Emily. BTW, Emily How are you? Lama tak jumpa)

Biasalah orang yang tak pi or belajar kat oversea. Bukan nak kerek tapi kadang2x suasana di sekeliling sedikit sebanyak merubah diri kita. Orang yang merasainya boleh kata, eleh, nak kerek duduk oversea baru berapa tahun dan dalam konteks diri aku ni pulak duduk oversea baru beberapa bulan setakat ni, tapi harus diakui ada pengaruh2x yang akan mempengaruhi kita. Kesimpulannya, kalau kita memang baik lakukanlah tindakan yang selalu dibuat oleh orang yang baik-baik. Bukan menghentam, mengutuk, mengeji dan sebagainya.
Lagi satu. Aku berpendapat aib orang tak perlu diheboh2xkan. Dan aku rasa Amalina ni dikenakan oleh orang yang dengki dengannya. Ini telahan aku je lah kan.

Okey, habis cerita tentang Amalina Che Bakri.

3.       Berita Mengejut Ketiga:

Tadi aku stalk pak cik Google dan aku tengok berita2x kat portal2x berita online dan blog2x. Biasalah, duduk oversea. Itu sahaja cara yang mudah untuk akses berita2x dari Malaysia selain facebook. Akibatnya, terjumpalah aku pasal selebriti kat Malaysia yang memang aku respect jugaklah.

Cover Majalah GLAM & GLAM Lelaki Januari 2011

Tengok sendiri dan nilaikan.
Aku malas nak berceloteh panjang.




Sekian entri kali ini. Terima kasih.

P/s: Nanti aku update mengenai Jaulah Jordan MEJ 5 2.0 @ Pelancongan Cuti Semester 1, Tahun 1.

3 ulasan:

  1. amboi...siap nama Emily kau angkat..hahahaha...nama saya xde pun???hahahha...gurau je...but,siyez cakap...emily mmg fasih BM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Bee pun sama. Fasih BM. It's an honour to know u, guyz.

      Padam
  2. thx..its an honour to know u too :)

    BalasPadam