Kucing Takamo
Sebuah catatan dari pena kehidupan.
Selasa, 23 Oktober 2012
Berita Sedih
Pagi tadi, aku dapat satu berita. Satu-satunya nenek kandung aku yang sempat aku lihat sejak lahir sehinggalah aku balik Malaysia time summer break untuk beraya baru-baru ni dijemput Ilahi. Al-Fatihah untuk nenda tercinta. Semoga Allah mengampuni segala dosamu.
Selasa, 31 Januari 2012
Cuti-cuti Jordan
Wah, sekarang ni masih dalam mood cuti sem. ebaru ni, aku & kawan-kawan masa kat INTEC (MEJ5) pi bercuti sesama pusing-pusing Jordan. Sebelum ni kitorang dah berjaulah sesama (Jaulah Jordan MEJ5 1.0) masa cuti Hari Raya Haji tahun lepas. Dan bebaru ni, sekali lagi kitorang berjaulah untuk Jaulah MEJ5 2.0. Dan entry kali ni aku nak update tentang overall Jaulah Jordan MEJ5 1.0 & 2.0.
Rabu, 18 Januari 2012
Antara Kedai Gunting Rambut dan Kedai Kopi
Salam Winter.
Korang pernah tak solat dalam kedai gunting rambut? Diulangi KEDAI GUNTING RAMBUT!!!
Pernah solat dalam kedai kopi. Diulangi KEDAI KOPI!!!
(Ini bukan dalam bilik solat di dalam kedai kopi atau kedai gunting rambut, tapi betul2x tempat orang minum kopi dan di tepi kerusi gunting rambut!)
Ceh, kalau solat dalam bilik di kedai kopi, kat kopitiam atuk aku pun boleh.
Haa kalau nak tahu, itulah yang terjadi kepada diri ini kelmarin. Aku dengan housemate, Hafify pergi gunting rambut dengan abang Arab Brader Asyraf kat kedai dia lah. Aku ni pulak banyak songeh. Nak potong sikit je lah, pastu undercut boleh x? Dah pukul 4.50 petang, masuk waktu Maghrib dah semasa mula-mula dia gunting rambut aku. Then, aku kata, potong step-by-step kat tepi & belakang. Apabila siap, aku cakap,kasi botak je lah kat tepi. Pastu dah siap, pandai2x aku tambah, layer kat atas ek?
Last2x dah pukul 5.55 petang, nak Isyak. Brader Asyraf tu pun kata nak solat sebab time tu waktu solat Maghrib dah nak habis. Last2x kitorg 3 orang solat kat dalam kedai tu. Kemudian, selepas solat baru sambung layer rambut aku ni hah. Kagum aku dengan brader tu.
Tapi satu perkara aku nak terangkan kat sini, berapa ramai dalam kalangan kita yang akan solat dalam keadaan darurat? Aku rasa kalau orang Islam kat Malaysia yang jadi tukang gunting rambut duduk kat tempat brader Asyraf tu, mesti Qada solat je kan?
Lagi satu, Brader Asyraf tu bukan calang-calang tukang gunting rambut. Siap degree lagi. Kat dalam kedai dia ada satu meja khas, mungkin untuk dia recall balik ilmu-ilmu yang dia belajar sebab banyak sangat buku-buku tebal yang aku tak berapa nak faham. Suka layan Channel Nat Geo kut. Aku rasa dia budak Sains dulu.
Sepanjang aku kat Jordan ni, aku perhatikan yang orang-orang di sini tidak kisah solat atas lantai atau atas jalan di luar masjid, asalkan solat itu sah semasa solat Jumaat. Di mana-mana sahaja boleh solat, malahan di dalam gereja dan rumah-rumah ibadat agama lain pun kita boleh solat. Solat tidak disyaratkan untuk dilakukan di tempat-tempat tertentu seperti masjid ataupun surau, di tepi jalan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai pun boleh.
Baiklah, mengenai solat dalam kedai kopi, tu pulak terjadi semasa aku berjalan-jalan(jalan-jalan ke?) di Balad nak cari kedai nak baiki tali pinggang aku. Dari Asar sampai Maghrib baru jumpa kedainya. Tiba-tiba orang azan Maghrib. Jadi aku pun cari masjid tapi kat kawasan tu aku tak berapa arif sangat, then aku pun cari tempat nak solat @ musolla (musolla tu bermaksud "tempat solat"). Jumpa musolla berdekatan kedai baiki tali pinggang tersebut. Aku tengok dah penuh musolla tu. Pastu ada sorang pakcik tu ajak aku solat dalam kedai kopi dia. And surprisingly, aku ambil wudhuk@air sembahyang pun guna sinki dalam kedai kopi tu. Yup, no doubt yang di mana-mana sahaja kita boleh solat asalkan kita mahu.
Itu je lah entri kali nih. Aku pun bukan mantap sangat ilmu agama, tapi memandangkan duduk di negara Arab, sedikit sebanyak bertambah juga ilmu aku nih. Huhuhu. Sekian.
P/s: Kedai gunting rambut kat sini memang tak sama macam kedai gunting rambut lelaki kat Malaysia. Semua taraf salon.
Tapi satu perkara aku nak terangkan kat sini, berapa ramai dalam kalangan kita yang akan solat dalam keadaan darurat? Aku rasa kalau orang Islam kat Malaysia yang jadi tukang gunting rambut duduk kat tempat brader Asyraf tu, mesti Qada solat je kan?
Antara tiga Asyraf kat atas, Brader Asyraf tu menang kalau nak compare sapa paling handsome. Senang kata memang padan kalau dijodohkan dengan Fatin Nasuha. (Ceh interframe Nasuha lah pulak)
![]() |
| Adakah ini Fatin Nasuha? |
Sepanjang aku kat Jordan ni, aku perhatikan yang orang-orang di sini tidak kisah solat atas lantai atau atas jalan di luar masjid, asalkan solat itu sah semasa solat Jumaat. Di mana-mana sahaja boleh solat, malahan di dalam gereja dan rumah-rumah ibadat agama lain pun kita boleh solat. Solat tidak disyaratkan untuk dilakukan di tempat-tempat tertentu seperti masjid ataupun surau, di tepi jalan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai pun boleh.
Baiklah, mengenai solat dalam kedai kopi, tu pulak terjadi semasa aku berjalan-jalan(jalan-jalan ke?) di Balad nak cari kedai nak baiki tali pinggang aku. Dari Asar sampai Maghrib baru jumpa kedainya. Tiba-tiba orang azan Maghrib. Jadi aku pun cari masjid tapi kat kawasan tu aku tak berapa arif sangat, then aku pun cari tempat nak solat @ musolla (musolla tu bermaksud "tempat solat"). Jumpa musolla berdekatan kedai baiki tali pinggang tersebut. Aku tengok dah penuh musolla tu. Pastu ada sorang pakcik tu ajak aku solat dalam kedai kopi dia. And surprisingly, aku ambil wudhuk@air sembahyang pun guna sinki dalam kedai kopi tu. Yup, no doubt yang di mana-mana sahaja kita boleh solat asalkan kita mahu.
Itu je lah entri kali nih. Aku pun bukan mantap sangat ilmu agama, tapi memandangkan duduk di negara Arab, sedikit sebanyak bertambah juga ilmu aku nih. Huhuhu. Sekian.
P/s: Kedai gunting rambut kat sini memang tak sama macam kedai gunting rambut lelaki kat Malaysia. Semua taraf salon.
Ahad, 8 Januari 2012
Tahun Baru, Berita Gembira & Berita Mengejut
Salam Winter & Happy New Year 2012!!!
Alhamdulillah. Thank God.
Petang tadi, selesai sudah peperiksaan akhir bagi semester
1, tahun satu di JUST secara rasmi usai computer exam for Biology 103. Rasa
lega. Dan esok bermula JAULAH MEJ 5 2.0 di Jordan menjelajah ke Petra, Wadi Rum,
Aqabah dan yang paling penting shopping sakan di Amman. Insya Allah.
Gembira ku rasa bak bunga rafflesia yang mekar di kepulauan
Borneo. Oh, itulah berita gembiranya.
Tapi sepanjang minggu yang belakangan ini, ada beberapa
berita yang mengejutkan bagi aku.
1.
Berita Mengejut Pertama
Hari Rabu lepas bersamaan 4.1.2012 bapak polisi
di Jordan call aku sebab…..
Sebab dia dah jumpa calon isteri yang
sesuai untuk aku, hehehe.
Ceh! Gurau jek. Sebenarnya aku diarahkan
untuk ke balai polis bagi sesi pengecaman suspek bagi kes rompakan yang berlaku
masa hari ke-19 aku di Jordan kalau tak silap aku. Sebenarnya aku syak sorang
mamat tu, tapi aku cakap lah yang ciri2x yang ada pada mamat tu 70% sama dengan
mamat yang rompak aku pada malam kejadian. Sebab masa tu agak gelap, jadi aku
tak nampak sangat muka perompak. Tapi si polis tu kata dia nak confirmation daripada aku 100%. Tak nak
70% ke, 80% ke. Aku pun fikir balik kalau aku kata ya, yang mamat tu lah
perompaknya, nanti jadi kes mahkamah lagi susah. Aku datang sini nak belajar,
nak jadi doktor gigi. Bukan nak cari pasal. Lagipun masih dalam mood exam.
Aku pun ada terfikir how come if the person
is really not the night-robber. And then I accuse him of something he didn’t do
at all. Na’uzubillahhiminzalik!
So, aku pun memberikan jawapan bahawa aku
kurang pasti setelah hampir setengah jam membuat keputusan.
2.
Berita Mengejut Kedua:
Kes Amalina Che Bakri.
PANAS! Nur Amalina Che Bakri, pelajar
terbaik SPM 2004 mengejutkan rakyat Malaysia dengan gambar2x peribadi milik
beliau yang dicuri dari facebook tersiar di laman maya. Adakah benar semua ini?
Memang aku agak terkilan jugak sebab masa
aku UPSR dulu salah satu sebab aku beli pensel dan pemadam STABILO Exam Grade
adalah sebab dutanya Amalina Che Bakri. Mula2x aku macam tak percaya, tapi
lepas tu aku cuba rasakan macam mana kalau di tempat Amalina.
Nur Amalina Che Bakri ialah pelajar yang
memegang rekod Sijil Pelajaran Malaysia sehingga 2007, lahir pada tanggal 7
Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan. Dia memperoleh 17 1A di mana rekod
bilangan 1A terbanyak yang dicapai oleh pelajar dalam sejarah pendidikan
Malaysia pada masa itu mengatasi rekod 15 1A milik idola aku. Dia ditaja oleh
Bank Negara Malaysia untuk mempelajari bidang perubatan di United Kingdom dan
membuat A-level di UK. Akhirnya ibu Amalina sendiri mengesahkan itu memang
anaknya dan Amalina sendiri membuat pengakuan di youtube.
Bagi aku benda ni senang ja. Kalau kita
sedar siapa diri kita memang takkan berlaku kes2x macam ni. Dari satu sudut,
ialah sudut Amalina sendiri. Sekiranya beliau tahu siapakah dirinya di mata
masyarakat, pasti beliau akan berfikir beberapa kali sebelum tampil dengan imej
sedemikian. Imejnya dalam foto2x tersebut memang daring habis, tapi perkara
yang dah berlaku tak boleh ditarik semula kan?
Sudut yang kedua pula ialah kita sebagai
masyarakat. Aku dapati kebanyakan daripada kita memilih untuk menghentam dan
menghukum Amalina tanpa kita berfikir bagaimana perasaan beliau dengan
penyebaran gambar2x peribadi tanpa keizinannya. Sebnarnya kalau difikirkan
semula typical teenager suka bereksperimen. Andai kata budak dalam gambar tu
bukan Amalina, pasti kita takkan bising. Paling2x benci dalam hati je.
Orang kutuk Amalina, kata mereka, baru duduk
oversea berapa tahun cakap pun pelat. Alah kat Malaysia pun berlambak yang
pelat cakap melayu tak pun buat2x pelat cakap Melayu. Emily Ng pun fasih cakap
Bahasa Melayu! (Ceh, interframe Emily. BTW, Emily How are you? Lama tak jumpa)
Biasalah orang yang tak pi or belajar kat
oversea. Bukan nak kerek tapi kadang2x suasana di sekeliling sedikit sebanyak
merubah diri kita. Orang yang merasainya boleh kata, eleh, nak kerek duduk
oversea baru berapa tahun dan dalam konteks diri aku ni pulak duduk oversea
baru beberapa bulan setakat ni, tapi harus diakui ada pengaruh2x yang akan
mempengaruhi kita. Kesimpulannya, kalau kita memang baik lakukanlah tindakan
yang selalu dibuat oleh orang yang baik-baik. Bukan menghentam, mengutuk,
mengeji dan sebagainya.
Lagi satu. Aku berpendapat aib orang tak
perlu diheboh2xkan. Dan aku rasa Amalina ni dikenakan oleh orang yang dengki
dengannya. Ini telahan aku je lah kan.
Okey, habis cerita tentang Amalina Che
Bakri.
3.
Berita Mengejut Ketiga:
Tadi aku stalk pak cik Google dan aku tengok
berita2x kat portal2x berita online dan blog2x. Biasalah, duduk
oversea. Itu sahaja cara yang mudah untuk akses berita2x dari Malaysia selain
facebook. Akibatnya, terjumpalah aku pasal selebriti kat Malaysia yang memang
aku respect jugaklah.
Cover Majalah GLAM & GLAM Lelaki
Januari 2011
Tengok sendiri dan nilaikan.
Aku malas nak berceloteh panjang.
Sekian entri kali ini. Terima kasih.
P/s: Nanti aku update mengenai Jaulah Jordan MEJ 5
2.0 @ Pelancongan Cuti Semester 1, Tahun 1.
Selasa, 27 Disember 2011
Tips Untuk Muda Selamanya
Salam
Winter,
Bebaru
nih, aku on the way ke Mujamma3 Sheikh Khalil @ Terminal Bas Sheikh Khalil, dan
macam biasa berjalan kaki. Itulah rutin harian ke JUST. Tetiba
JENG
JENG JENG!!!
Aku
ternampak seorang pakcik tua. Entah macam mana sejurus ku tatap wajah tua yang
dihiasi garis-garis usia itu, di dalam
hatiku terdetik pasal 1 benda. MACAM MANA NAK MUDA SELAMANYA.
Bila
ku amati wajah lelaki tua tu, aku terfikir mesti waktu muda2x dulu pakcik tu
hensem. (sebab org Jordan nih antara org Arab yg memang cantik mukanya) Bila
dah tua…………..
Adatlah
kan. Tapi bila kita tengok orang tua tu sekali imbas, I bet mesti kita pandang
dengan pandangan yang pandang sebelah mata pun tamao.
Ish,
kalau kita tua nanti cam2 jgk ke?
Eh,
xmao ler. Yalah, saham jatuh la, apa lah…
dipuji orang dengan mengatakan “wajah awak nampak mudalah, awak 20 tahun?” “taklah, saya 32” kata Rosmeh Monster. kehkehkeh...
dipuji orang dengan mengatakan “wajah awak nampak mudalah, awak 20 tahun?” “taklah, saya 32” kata Rosmeh Monster. kehkehkeh...
Kalau
itu yg memang kita dok pikir, meh baca smpai abiz entry nih.
Haaa….,
Nih yang dtunggu2x sangat kan!
Tips
TERHANGAT.
PETUA UNTUK MUDA SELAMANYA
CHEYKIEDAUWT
!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1
1. Sentiasa tersenyum@bermanis muka
sesama manusia
Hasil
kajian Saintis-saintis botak di Jerman telah menemui satu hasil kajian yang
menakjubkan di mana 150 wanita dan lelaki dari pelbagai usia dipilih untuk
meneka usia pemilik-pemilik senyuman di dalam 17 gambar wajah-wajah manusia .Ada
gambar senyum(yang paling penting nih), marah, takut, jijik, sedih dan tak
kurang juga ekspresi wajah neutral. Saintis-saintis tu beritahu yang orang
dengan ekspresi senyuman menjadi lebih
menarik dengan cara yang berbeza daripada ekspresi2x lain termasuk kelihatan
lebih muda berbanding usia yang sebenar.
Lagipun
banyak kelebihan senyum ni. Senyum membuat orang berfikir positif tentang kita.
Senyum membuat kita lebih menarik di mana orang yang suka tersenyum membuat
perasaan orang disekelilingnya selesa dan senang. Lepas tu, orang di sekeliling
kita pun akan turut tersenyum. So, you have spread the smile, baby!
Lagi
satu ada sorang kawan aku tu, bukan nak mengata tapi dah la badan dia pun besar
tinggi pulak tu. Dah tu susah untuk senyum. Sekali tengok muka dia macam bapak
orang, mesti orang akan ingat dia dah ada anak 3 orang.(Hehehe)
Senyuman
yang tulus datang dari hati yang jujur. SENYUM. TAK PERLU KATA APA-APA.
2. Jaga Makanan dan Tabiat Pemakanan
Yang
popular aku dengar, ada orang suruh makan ulam-ulaman. Tapi mengikut pengalaman
aku sendiri, sepanjang 3 bulan makanan ruji aku ialah oat. Diulangi OAT!!!
Menurut
kajian, oat ni dipanggil “skin food” sebab tinggi dengan serat, di mana serat membantu
pergerakan usus seterusnya melancarkan proses nyahtinja a.k.a. Berak!!! Berak
pulak membantu membuang bahan2x kotor dari dalam badan(detoxification). Tak
perlu nak minum Juvanex segala macam lagi yang boleh anda dapati di
farmasi2x berdekatan. Save duit, boleh beli hadiah
kat yang tersayang.
3. Bersukan
Haaa,
yang ni lagi satu. Kerja asyik tidur dan berfacebook je. Cubalah
ringan-ringankan sikit badan tu pergi jogging kat Taman Tasik ke, Bukit Larut
ke. Ni tak Kalau tak berselimut atas katil, hadap komputerlah jawabnya.
Tahu tak, kita disarankan bersukan 20 minit setiap sesi dalam seminggu 3 sesi? Best
woo bila keluar peluh sebab rasa lebih sihat.
Lagipun,
banyak jenis sukan yang kita boleh pilih. Futsal, tenis, berenang, pergi Gym
ke. Cuma satu je aku tak sarankan. Golf sebab keluar peluh sebab berjemur je,
bukan buat apa pun. Bersukan memang penting. Kalau tak bersukan, korang nak
simpan kat mana kalori korang tu? Kita mesti bakar tahu tak? Jom marathon dari
Padang Besar ke Tanjung Piai.
Berdasarkan
pengalaman, aku ni
sebenarnya agak liat dalam bersukan nih. Nak bersukan tapi memilih. Nak main
skuasy lah, naik kuda lah. Kat Taiping mana ada pusat skuasy, dan kat Irbid aku
tak pasti. Yang pasti tenis ada. Tunggu ko Irbid.(Hahaha) Tambahan lagi, dengan
berpeluh, bahan kumuh dalam badan kita pun dibuang sama tahu tak? So kulit susah
sikit nak jadi kawah bulan. Bila sihat dah tentu happy. Bila happy dah tentu
senyum. Bila senyum, dah tentu nampak muda.
4. Jaga akhlak
Akhlak
kenalah jaga. Kalau tiap2x hari marah, otot2x muka pun selalu guna, jawabnya
mudahlah nak kendur, alamatnya kerepot dengan cepat. Apabila kita melakukan
kebaikan seperti menolong orang lain, mesti akan rasa satu perasaan puas. Kepuasan ni, merembeskan hormon
serotonin@hormon gembira. Apa itu serotonin? Serotonin ni sejenis hormon yang
terdapat di dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negatif
dan membuatkan seseorang jadi lebih bahagia, dan gembira dan nampak muda.
Tips kat bawah ni untuk orang Islam
5. Banyak berwudhuk
Ini merupakan petua yang paling
mujarab dan yang mesti kita amalkan. Melalui wuduk, kesihatan bertambah baik,
dan yang paling penting, wajah
berseri-seri dan tampak awet muda jika dilaksanakan dengan sempurna. Seharusnya
kita memelihara wudhuk sepanjang masa dan seboleh-bolehnya kita kekalkan diri
kita dalam wudhuk all the times. Memang susah tapi yang susah itulah besar
ganjarannya. Yang paling utama kita kena yakin setiap perintah Allah pasti ada
manfaat dan kebaikan untuk kita.
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
Bersabda Rasulullah s.a.w.:Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak
Ailah1) dan ‘Adan’ airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu
bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang
umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang
menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah
s.a.w.: “Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ya,
ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang
diistimewakan dari umat-umat yang lain.” (Riwayat Imam Muslim)
Ha, macam mana? Sebagai umat nabi
Muhammad, gembira tak kita sekiranya Rasulullah S.A.W. mengecam wajah kita,
mengenali paras rupa kita di akhirat kelak? Alangkah seronoknya kita jika dapat
menikmati nikmat seperti yang dijelaskan dalam hadith di atas.
Allah SWT berfirman yang maksudnya:”
Pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sedang
cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan
kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah
keberuntungan yang banyak (al- Hadid:12).
Bekas-bekas basuhan wudhuk di wajah
kita menjadi penyeri kepada wajah. Alangkah ruginya jika kita kalau tak cuba
ambil peluang ni kan. Sambil-sambil menghilangkan bakteria dan kotoran kat
muka, pahala pun dapat.
6. Banyakkan solat Tahajjud
Apabila mengatakan tentang hal solat Tahajjud,
perkara pokok yang mesti kita ketahui ialah makna solat Tahajjud sendiri. Dari
segi bahasa, "tahajud" bererti
solat malam setelah bangun dari tidur. Jadi mesti tidur dulu walaupun sekejap
sebelum mendirikan solat Tahajjud. Kalau tak tidur tapi tetap menunaikan solat
sunat menurut seorang sahabat dipanggil solat "qiyamullail" (solat
malam). Solat Tahajjud memang tak susah untuk dilakukan, lagipun hanya 2
rakaat. Tapi, yang 2 rakaat itulah yang susah untuk manusia buat. Memang
mula-mula susah tapi bila dah terbiasa senang. Kalau dah buat pun, timbul
masalah untuk istiqamah pulak. Pokoknya semua bermula dengan niat kita dan
keinginan kita.
Tapi dalam hal agama ni ada khilaf.
Ada yang berpendapat tidak perlu pun tidur sebelum mendirikan solat Tahajjud.
Contohnya seperti di bawah seperti yang diberitahu oleh seorang sahabat.
Pernah Abu Bakar berselisih dengan
Umar masalah solat tahajud itu mesti tidur dulu atau tidak. Keduanya kemudian
menghadap kepada Rasulullah dan menceritakan masalahnya, iaitu bahawa Abu Bakar
suka bertahajud tanpa tidur dulu, sedangkan Umar tidur dulu. Rasulullah hanya
menjelaskan bahwa Abu Bakar adalah orang yg hati2 (kerana bimbang tahajudnya
terlewat), sedangkan Umar yg tidur dulu itu adalah orang yg kuat.
Tapi kalau nak khusyuk lebih baik
terlebih dahulu tidur untuk merehatkan tubuh badan.
Dari Aisyah, katanya Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila kamu mengantuk ketika solat, maka tidurlah
terlebih dahulu sampai hilang rasa mengantukmu. Kerana bila kamu mengantuk
dalam solat, mungkin suatu ketika kamu bermaksud memohon ampunan kepada ALLAH,
tetapi ternyata kamu justeru memaki-maki diri kamu sendiri (kerana salah baca
doa).” [Muslim - Kitab Shalat Musafir dan Qashar]
Kesimpulannya, bergantung kepada kita
nak pegang yang mana satu, yang penting kita cuba untuk biasakan diri dengan
solat Tahajjud.
Tentang kelebihan solat Tahajjud,
Rasulullah SAW suatu hari bersabda : “Barang siapa mengerjakan solat Tahajjud
dengan sebaik-baiknya, dan dengan tatatertib yang rapi, maka Allah SWT akan
memberikan 9 macam kemuliaan : 5 di dunia dan 4 di akhirat.”
5 kelebihan di dunia , ialah :
1. Akan dipelihara oleh Allah SWT dari
segala macam bencana.
2. Tanda ketaatannya akan tampak kelihatan di mukanya.
3. Akan dicintai para hamba Allah yang
soleh dan dicintai oleh semua manusia.
4. Lidahnya akan mampu mengucapkan
kata-kata yang berhikmah.
5. Akan dijadikan orang bijaksana, yakni
diberi pemahaman dalam agama.
4 keutamaan di akhirat, iaitu :
1. Wajahnya berseri ketika bangkit
dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
2. Akan mendapat keringanan ketika hisab.
3. Ketika menyeberangi jambatan
Siratul Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti halilintar
yang menyambar.
4. Catatan amalnya diberikan ditangan
kanan.
Kesimpulannya,
apa yg aku dpt ialah muda bukan selamanya. Yg cantik2x n lawa2x hari ni,
mungkin 20 tahun akan dtg dah berkedut, botak xpun berperut boroi macam Dale3
Karshak.(hehehe).
p/s:
Bebaru ni aku ada Nampak sorg lelaki Arab berperut besoar dan boroi kat depan
kedai Dale3 Karshak pakai baju merah dan seluar jeans biru. Pergh, mascot daaaa. Oh, lagi satu ayam goreng Dale3 Karshak lagi sedap drpd KFC.
Selasa, 29 November 2011
Post Pertama. Aku, Saya, & Luqman.
Bismillahirrahmanirrahim.
Kelihatan seekor kucing
meniti di atas tembok batu. Aku termenung merenung ke luar jendela dari kamar.
Sungguh sejuk rasanya. Suhu lbh kurang 8°C. Huh, memang sejuk. Mulut aku dah
berasap2. Nak buat apa nih? Ah, tidurlah. Memang betul cakap senior. Musim sejuk
ni musim hibernasi. Kebanyakan orang jadi beruang kutub.
Erm, kat mana aku sekarang ni?
X mngkin kat Malaysia kan, sebab Malaysia mana ada musim sejuk. Habis
tu kat ne? Kutub utara?
Jauh dah tu, der. Bawah sikit.
Mana? Okey2x. Rusia.
Aha, no no no.
US
Bukan Uncle Sam.
Paris.
Lalala.
Milan? London?
Silap, London memang salah satu tmpat impian aku nak pergi, tapi belum
rezeki lagi.
Jerman?
Salah tu beb. Try lagi.
Asyik salah je. Kat mana?
Teka lagi.
Uganda? Gelang Patah? Padang Piol? Menggatal? Tikam Batu? Betis
Patah? Dinding? Tongkang Pecah?
Agak2x lah.
Habis tu? Dah mana lagi ada salji? Kau kat Antartika ke? Tempat mana
lagi ada winter?
Utk pengetahuan semua, salji belum ada lagi. Tapi apa yang dapat kita
simpulkan kat sini, pemikiran kita selalu merujuk negara Eropah @ West bila sebut
pasal winter @ musim sejuk.
Kalau nak tahu, semua negara beriklim sederhana & subpolar mengalami
4 musim. Sebenarnya aku sekarang di Irbid, Jordan. Sebelum aku ceritakan tentang
Irbid, aku rasa baiknya kalau aku ceritakan macam mana aku boleh berada di sini.
Macam mana aku boleh berada di SINI???
Semuanya bermula dengan keputusan SPM 2010. Alhamdulillah, dengan
keputusan yang cemerlang, itu menjadi tiket untuk aku memulakan langkah bagi melanjutkan pengajian di peringat yang lebih tinggi. Hampir semua borngg biasiswa aku isi & interview aku pergi, JPA , Petronas, IPG, semata2x nak rebut tempat di
menara gading. Terima kasih guru2x yg telah mengajar aku dari tadika sehingga
SPM, terutamanya guru-guru di SMK Klian Pauh, Taiping.
Akhirnya, aku dpt tajaan JPA tawaran melanjutkn pelajaran di
Jordan dalam bidang PERGIGIAN.(Sebenarnya ada lagi tawaran lain tapi ini yg paling
bagus aku dapat, yelah sume org nak tajaan JPA nih)
X pasal2x dapat title OKB (Orang Kaya Baru) or OKM (Orang Kaya Mengejut). Tapi sebelum tu aku dikehendaki untuk menjalani program persediaan di INTEC (nanti aku citer pasal INTEC nih). Walaubagaimanapun abang2x, kakak2x, saudara2xku yg dikasihi sekalian, ayah aku tidak memberikan kebenaran utk ke MIDDLE EAST. Ye lah time 2 kan Mesir & Libya tgh bergolak…& BERGOLEK…Hehehe.
X pasal2x dapat title OKB (Orang Kaya Baru) or OKM (Orang Kaya Mengejut). Tapi sebelum tu aku dikehendaki untuk menjalani program persediaan di INTEC (nanti aku citer pasal INTEC nih). Walaubagaimanapun abang2x, kakak2x, saudara2xku yg dikasihi sekalian, ayah aku tidak memberikan kebenaran utk ke MIDDLE EAST. Ye lah time 2 kan Mesir & Libya tgh bergolak…& BERGOLEK…Hehehe.
Ibu aku suruh aku terima tawaran 2, sebab nak suruh aku berdikari. Ye
lah aku kan dari SEKOLAH HARIAN BIASA a.k.a. SMK. Jadi kalau aku ke sana
sekurang2nya aku dapat belajar hidup sendiri. Aku terima tawaran tu tapi aku tidak mendaftar pada tarikh yang ditetapkan. Aku pun sebenarnya agak tertekan dan dilema sebab waktu isi
borg JPA dulu aku tak apply untuk Dentistry Middle East, Aku cuma apply DENTISTRY.
Lagipun aku tak suka Bahasa Arab.
Sebab aku rasa malas nak belajar Bahasa Arab, aku decide untuk ke UiTM
Penang untuk buat Asasi Sains (M001) (Kalau x silap aku, itu kod course tu). Tapi
sebenarnya dalam hati tetap rasa rugi sebab tawaran JPA, bukan senang nak dapat. Semua orang
berebut. Tapi biarlah. Dah masa itu aku dah buat keputusan sebegitu, so follow with the flow
je lah kan.
![]() |
| UiTM Pulau Pinang |
Masa di UiTM Penang tu, aku dapat roommate yg best r. Zul, Din &
Daniel. Tapi yang tak berapa nak best bilik kecik sangat!!! Tapi still okay, sebab itu tak penting
sangat kan? Seminggu kat situ, biasalah Minggu Destini Siswa @ MDS. Pergh, rambut aku
kena potong der, sebab panjang sangat. Tapi ok ler. Aku tak kisah pun. Tapi yang menguji kesabaran jiwa dan raga kitorang masa tu, kitorg diberi masa tidur dari 1 pagi smpi 4 pagi termasuk time basuh
baju.
TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ngantuk. Time dgr ceramah faham2xlah. LENA!
Ngantuk. Time dgr ceramah faham2xlah. LENA!
Tapi aku rasa MDS tu paling best r. Nama2 Fasilitator pn exotic tahap
x ingat. Nyamuk, Botak, Siput. Hmmmm…..(pelik2x).
![]() |
| Nyamuk Aedes |
![]() |
| Botak(!~!) |
Selepas sminggu berkongsi suka dan SUKA di UiTM Penang, kami menerima satu berita mengejut! Kami kena pindah ke UiTM Puncak Alam @
PALAM. Sbbnya kat PALAM masih ada kekosongan utk ditampung oleh kami anak2x org
yg hensem2x & smart2x nih. Aku sedih jugak sebab Penang ngan Taiping (rumah
aku kt Taiping) x jauh, paling2x 40 minit dah sampai. Sedih r kat PALAM. Dah le dalam hutan. Ringkasnya, di keheningan & kebisingan pagi Ahad yg sibuk, dibasahi embun segar di dedaunan nan hijau, kami pun dipindahkan ke PALAM.
![]() |
| UiTM Puncak Alam |
Di PALAM, kitorg duduk kat Apartment A4. Aku ingat lagi nama blok
rumah kitorg. Kat rumah tu, aku duduk dengan 7 orang lagi housemate, Din & Zul (roommate
kat Uitm Penang), Ayiep, Yus, Din SP (nak jugak SP), Mal & Man. Siyezly, aku
rasa best spnjang 1 minggu di PALAM dengan dorg. Entah kenapa, kalau aku cakap aku dah takkan dapat kawan2x yang macam dorg….. ( tak semua kawan sama, kan) Aku pegang pada prinsip, hari ni kita berkawan dan berpisah, Insya Allah di syurga harap kita
berjumpa.
Kat PALAM mmg 1st class facilities. Aku punya kelas C6.
Sekelas ngan childhood classmate aku, Hakimi Zulkepli. Time makan lepak dengan dia,
Hadi & Anuar. Tapi masa tu, kakak aku dah berurusan dengan pihak JPA, dan
pihak JPA benarkan aku mendaftar di INTEC( Aku lebih suka sebut UiTM INTEC). So, aku
ponteng kelas 1 hari, kebetulan hari tu aku demam. Aku mendaftar di INTEC.
Roomate aku, Zul punya r ingat aku kena demam DENGGI, sebab sampai malam aku tak balik2x.
Bila aku balik semula ke kolej kitorg malam tu, aku maklumkan kepada kawan2x serumah yang aku telah
mendaftar di INTEC. Entah kenapa hati ini berat untuk berpisah dengan diorang. Tapi, demi masa depan aku perlu terima juga. Tinggallah kenangan aku kat PALAM.
![]() |
| UiTM INTEC |
Apabila aku di INTEC, bermakna aku dah jadi siswa utk 3 UiTM dlm 1
tahun (unik kan?). Di INTEC, memang banyak benda baru yang aku belajar. Yelah budak2x
dari sekolah hebat2x ramai kan? Lagipun mereka dari aliran agama, ada latar
belakang agama. Semasa di INTEC, aku dah tetapkan yang aku tidak sekali-kali jadi orang lain, aku cuma mahu jadi diri aku. Aku tak mahu jadi SYADID sangat macam sesetengah orang yang lain. Cuma
kalau ada benda baru yang aku belajar (hal agama) aku akan ambil. Di situ, aku
ditempatkan di bawah program MEP (Middle East Program). Kelas aku namanya MEJ 5. Semasa di INTEC baru aku tahu yang JPA dah tak hantar pelajar buat Dentistry di Eropah sebab kos tajaan yang tinggi. Jadi, aku kenalah terima hakikat. Classmate aku memang best jugak. Sekiranya nak diceritakan pasal kat INTEC memang tak habis. Banyak kenangan kat situ.
Kenangan puasa, jaulah ke KLIA (hahaha! Balik lewat smpi kena marah ngan mak
guard), MEP Dinner, INPRO, International Food Festival, BTN @ Birotatanegara
(BTN kitorg kat Kompleks KLIA mmg best, kesian bdk2x yg BTN kat Meru, hahaha).
Habis 3 bulan kat INTEC, lepas Raya Aidilfitri, budak2x MEP (Mesir
& Jordan) fly ke destinasi masing2x pada 15/9/2011.
Aku tiba di KLIA pada pukul 1.20 pagi. Sejurus aku mmemasuki pintu untuk penerbangan antarabangsa, aku terus bawa barang untuk ditimbang. Angah suruh ambil troli bagasi, kemudian pergilah
timbang beg. Ada seorang staf perempuan bagi tag untuk beg kargo. Aku pun ambik je la.
Aku bawak 2 beg kargo. Cari punya cari tempat timbang bagasi, tak jumpa-jumpa. Aku pun terus approach Ikhwan, classmate aku
kat INTEC, kebetulan dia ada berdekatan. Dia kata timbang di kaunter E17. Aku pun timbang barang kat situ.
Timbang punye timbang, 46 kg. staf kat situ cakap kena keluarkan sebab had
berat beg kargo 25 kg. Abah kata
mula2x kalau lebih, bayar je. Tapi faham2x sendiri lah (1 kg 90 ringgit
kalau x silap aku). Kenalah keluarkan barang2x. Timbang baggage kedua sahaja
10 kg. Baggage pertama pulak kena lah keluarkan
barang sampai 25 kg. selepas itu, aku bawak timbang baggage pertama. Tapi x puas
hati timbang kedua-dua beg 33 kg. Keluarkan lagi barang, call Hafify (classmate
kt INTEC. Kitorg memang plan nak duduk serumah kat Jordan). Hafify cadangkan bawak
1 beg je. Lepas tu, keluarkan barang2x lagi, jadikan 1 beg. Aku putuskan untuk bawa baggage pertama je. Akhirnya lepas juga sebab berat beg tu semasa ditimbang 25.5 kg. Alhamdulillah. Aku
bersyukur sangat sebab masa tu Along, Angah n Joe tolong aku keluarkan barang2x dan
jadikan 1 beg. Kalau aku sorang2x, mesti tak mampu untuk buat semua tu seorang diri. Dari pukul 1.30
hingga 3.30 keluarkan barang, baru
lepas. Kemudian, aku pun pergi check-in dekat kaunter 1. Dekat situ jumpa Mok Ti & Pak Cik Amir dengan anak2x mereka, Amirul Iman & Kasih.
Lepas check-in, aku terus pergi dekat mama. Nenek x sampai lagi. Kalau
ikutkan pukul 6, kitorg kena berkumpul di kaunter imigresen untuk berlepas. Taufik
dah tersedar daripada tidur. Kitorg makan kek yang dah dibeli kat secret recipe.
Lepas tu, mak cik yang duduk dekat ngan kitorg cakap waktu subuh dah masuk, tapi
surau sesak. Aku takut x sempat sebab kitorg kena berkumpul kat kaunter imigresen.
Aku pun pergi je surau. Aku ternampak ada satu family yang solat kat balai pelepasan, atas lantai. Terharu aku rasa. At last aku terus ke kaunter imigresen.
Pastu solat Subuh sebelum naik aerotrain ke terminal C. Pukul 8.30 pagi lebih
kurang kitorg pun fly.
![]() |
| Fly To Who You Are! |
Sampai di Jordan (Queen Alia International Airport) dah rasa
bahang panas tapi angin dye sejuk cam air-cond. X taw camna nak describe. Time
2 penghujung musim panas/awal musim luruh. Kitorg disambut oleh senior2x PERMAI
(Persatuan Mahasiswa Irbid). Kat Amman mmg cantik. Masuk Irbid, JENG3X! Tahu tak apa yang aku nampak???
SAMPAH, SAMPAH, SAMPAH! (Padahal kat Malaysia pun ada sampah)
![]() |
| Sampah |
Tapi perangai org Arab, mentang2x negara diorang jarang hujan,
cuaca kering dan tak berlaku banjir kilat, diorang buang sampah sesuka hati je (padahal
org Malaysia pn apa kurangnya), tapi diorag ni kurang la kesedaran tentang kebersihan nak dibandingkan dengan rakyat Malaysia.
Irbid, yang dahulunya dikenali sebagai Arbella terletak lebih kurang 80km ke utara Amman menempatkan seramai hampir 900 mahasiswa mahasiswi Malaysia yang menuntut di 2 universiti, iaitu, JUST (universiti aku) & Universiti Yarmouk (ni Universiti Ustaz Kamal kat SMKKP dulu, depan rumah aku je). Asalnya JUST dan Yarmouk 1 Universiti yang sama, tapi disebabkan nak mudahkan pengurusan, kedua2xnya diasingkan. Lagipun JUST agak jauh dari pusat bandar Irbid.
Irbid, yang dahulunya dikenali sebagai Arbella terletak lebih kurang 80km ke utara Amman menempatkan seramai hampir 900 mahasiswa mahasiswi Malaysia yang menuntut di 2 universiti, iaitu, JUST (universiti aku) & Universiti Yarmouk (ni Universiti Ustaz Kamal kat SMKKP dulu, depan rumah aku je). Asalnya JUST dan Yarmouk 1 Universiti yang sama, tapi disebabkan nak mudahkan pengurusan, kedua2xnya diasingkan. Lagipun JUST agak jauh dari pusat bandar Irbid.
![]() |
| Irbid |
Sedikit info tentang Irbid, peperangan Yarmouk berlaku di
sini yang mana lebih kurang 36,000 tentera Islam telah mengalahkan hampir
250,000 tentera Rom pada tahun 15 Hijrah, di bawah pemerintahan Khalifah Umar
Bin al-Khattab RA. yang menjadi perintis pembukaan Syria. Al-Zubair
menceritakan bahawa diriwayatkan daripada Abdullah bin Mus’ab katanya:
"Dalam peperangan al-Yarmouk, sebelum syahidnya al-Harith bin Hisham, ‘Ikrimah bin Abi Jahal dan Suhail bin ‘Amru, mereka didatangi dengan pembawa air, walaupun cedera parah, mereka tidak meminumnya sebaliknya menyuruh agar diberikan air kepada saudaranya, mereka semua syahid tanpa seorang pun meminumnya.Perawi berkata: ‘Ikrimah meminta air, dia melihat Suhail memandangnya lalu ‘Ikrimah berkata: berikan air ini kepadanya, apabila air sampai kepada Suhail, dia melihat al-Harith memandangnya, lalu Suhail berkata: berikan air ini kepadanya, sebelum sempat air sampai kepadanya, mereka bertiga telah syahid." (Ibn Abd al-Barr, al-Isti’ab fi Ma’rifati al-Ashab, jilid 1, hlmn 333)
Okey, back to the story, pastu ada lah pulak Minggu Haluan Siswa(MHS) tapi xde lah teruk cam kat UiTM Penang dulu. Cuma sesi suai kenal & pendedahan ttg Universiti. Aku ingat lagi time awal2x kat Jordan nih, kitorg budak2x lelaki JPA ditempatkan kat satu sakan @ rumah bertingkat (dlm 5 tingkat, cam2 je rumah kat sini). Rumah 2 plak takdak air, so masing2x cari rumah sendiri. At last dapat gak rumah baru, tingkat ke-4. Selesa r rumah kitorg, siap ada tv. Channel apa korg nak? Channel KOREA pun ada, tapi aku x wonder pun pasal Korea2x nih. Hehehe.
Kat rumah tu, aku duduk ngn Hafify (bdk Kelate), Icap( bdk Ganu) & Akmal Kei( bdk
Selangor). Memang r memula kat negara org, kena r cari
periuk belanga nak memasak. Nasib baik rice cooker Fify dah bawak dari Mesia.
Aku pulak dah bawak kettle & iron. Sepanjang di Irbid ni ada gak beli
barang persediaan utk musim sejuk.
Awal2x tu ada gak r senior bawak jalan2x tinjau Universiti.
Universiti aku namanya Jordan University of Science and Technology (JUST). 15
minit prjalanan dgn menaiki coaster (bas kecil) dari pusat Bandar Irbid. JUST
ditubuhkan pd 1986 dan berada di barisan hadapan IPT2x di Timur Tengah & disenaraikan
dalam top 3 Universiti-universiti terbaik dlm dunia Islam. Di JUST, ada 12
fakulti, dan fakulti aku sah-sah fakulti DENTISTRY.
![]() |
| JUST |
Bila aku tengok balik perjalanan hidup aku sepanjang tahun ni,
banyak sangat yang dah aku lalui sehingga ke hari ini di saat ini. Macam2x. Daripada kerja cashier kat The Store, pembancuh air/tukang cuci
lantai/waiter/tukang basuh pinggan/siang udang & sotong di Azra Restaurant,
dapat result SPM, pergi segala interview UiTM Penang, UiTM PALAM, UiTM INTEC, BTN,
fly ke Jordan, JUST, Raya Haji di Irbid banyak sgt kenangan manis, suka & tak berapa suka yang telah aku lalui. Cuma aku harap aku dapat stick to my goal utk menjadi
seorang DOKTOR GIGI YANG BERJAYA.
INSYA ALLAH.
Dan sekarang ni pun dah musim sejuk. Semalam pun dah mencatat suhu
paling minimum setakat kami berada kat sini, 1°C. Harap aku tak jadi beruang
kutub kat sini.
Langgan:
Ulasan (Atom)







































