Korang pernah tak solat dalam kedai gunting rambut? Diulangi KEDAI GUNTING RAMBUT!!!
Pernah solat dalam kedai kopi. Diulangi KEDAI KOPI!!!
(Ini bukan dalam bilik solat di dalam kedai kopi atau kedai gunting rambut, tapi betul2x tempat orang minum kopi dan di tepi kerusi gunting rambut!)
Ceh, kalau solat dalam bilik di kedai kopi, kat kopitiam atuk aku pun boleh.
Haa kalau nak tahu, itulah yang terjadi kepada diri ini kelmarin. Aku dengan housemate, Hafify pergi gunting rambut dengan abang Arab Brader Asyraf kat kedai dia lah. Aku ni pulak banyak songeh. Nak potong sikit je lah, pastu undercut boleh x? Dah pukul 4.50 petang, masuk waktu Maghrib dah semasa mula-mula dia gunting rambut aku. Then, aku kata, potong step-by-step kat tepi & belakang. Apabila siap, aku cakap,kasi botak je lah kat tepi. Pastu dah siap, pandai2x aku tambah, layer kat atas ek?
Last2x dah pukul 5.55 petang, nak Isyak. Brader Asyraf tu pun kata nak solat sebab time tu waktu solat Maghrib dah nak habis. Last2x kitorg 3 orang solat kat dalam kedai tu. Kemudian, selepas solat baru sambung layer rambut aku ni hah. Kagum aku dengan brader tu.
Tapi satu perkara aku nak terangkan kat sini, berapa ramai dalam kalangan kita yang akan solat dalam keadaan darurat? Aku rasa kalau orang Islam kat Malaysia yang jadi tukang gunting rambut duduk kat tempat brader Asyraf tu, mesti Qada solat je kan?
Lagi satu, Brader Asyraf tu bukan calang-calang tukang gunting rambut. Siap degree lagi. Kat dalam kedai dia ada satu meja khas, mungkin untuk dia recall balik ilmu-ilmu yang dia belajar sebab banyak sangat buku-buku tebal yang aku tak berapa nak faham. Suka layan Channel Nat Geo kut. Aku rasa dia budak Sains dulu.
Sepanjang aku kat Jordan ni, aku perhatikan yang orang-orang di sini tidak kisah solat atas lantai atau atas jalan di luar masjid, asalkan solat itu sah semasa solat Jumaat. Di mana-mana sahaja boleh solat, malahan di dalam gereja dan rumah-rumah ibadat agama lain pun kita boleh solat. Solat tidak disyaratkan untuk dilakukan di tempat-tempat tertentu seperti masjid ataupun surau, di tepi jalan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai pun boleh.
Baiklah, mengenai solat dalam kedai kopi, tu pulak terjadi semasa aku berjalan-jalan(jalan-jalan ke?) di Balad nak cari kedai nak baiki tali pinggang aku. Dari Asar sampai Maghrib baru jumpa kedainya. Tiba-tiba orang azan Maghrib. Jadi aku pun cari masjid tapi kat kawasan tu aku tak berapa arif sangat, then aku pun cari tempat nak solat @ musolla (musolla tu bermaksud "tempat solat"). Jumpa musolla berdekatan kedai baiki tali pinggang tersebut. Aku tengok dah penuh musolla tu. Pastu ada sorang pakcik tu ajak aku solat dalam kedai kopi dia. And surprisingly, aku ambil wudhuk@air sembahyang pun guna sinki dalam kedai kopi tu. Yup, no doubt yang di mana-mana sahaja kita boleh solat asalkan kita mahu.
Itu je lah entri kali nih. Aku pun bukan mantap sangat ilmu agama, tapi memandangkan duduk di negara Arab, sedikit sebanyak bertambah juga ilmu aku nih. Huhuhu. Sekian.
P/s: Kedai gunting rambut kat sini memang tak sama macam kedai gunting rambut lelaki kat Malaysia. Semua taraf salon.
Tapi satu perkara aku nak terangkan kat sini, berapa ramai dalam kalangan kita yang akan solat dalam keadaan darurat? Aku rasa kalau orang Islam kat Malaysia yang jadi tukang gunting rambut duduk kat tempat brader Asyraf tu, mesti Qada solat je kan?
Antara tiga Asyraf kat atas, Brader Asyraf tu menang kalau nak compare sapa paling handsome. Senang kata memang padan kalau dijodohkan dengan Fatin Nasuha. (Ceh interframe Nasuha lah pulak)
![]() |
| Adakah ini Fatin Nasuha? |
Sepanjang aku kat Jordan ni, aku perhatikan yang orang-orang di sini tidak kisah solat atas lantai atau atas jalan di luar masjid, asalkan solat itu sah semasa solat Jumaat. Di mana-mana sahaja boleh solat, malahan di dalam gereja dan rumah-rumah ibadat agama lain pun kita boleh solat. Solat tidak disyaratkan untuk dilakukan di tempat-tempat tertentu seperti masjid ataupun surau, di tepi jalan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai pun boleh.
Baiklah, mengenai solat dalam kedai kopi, tu pulak terjadi semasa aku berjalan-jalan(jalan-jalan ke?) di Balad nak cari kedai nak baiki tali pinggang aku. Dari Asar sampai Maghrib baru jumpa kedainya. Tiba-tiba orang azan Maghrib. Jadi aku pun cari masjid tapi kat kawasan tu aku tak berapa arif sangat, then aku pun cari tempat nak solat @ musolla (musolla tu bermaksud "tempat solat"). Jumpa musolla berdekatan kedai baiki tali pinggang tersebut. Aku tengok dah penuh musolla tu. Pastu ada sorang pakcik tu ajak aku solat dalam kedai kopi dia. And surprisingly, aku ambil wudhuk@air sembahyang pun guna sinki dalam kedai kopi tu. Yup, no doubt yang di mana-mana sahaja kita boleh solat asalkan kita mahu.
Itu je lah entri kali nih. Aku pun bukan mantap sangat ilmu agama, tapi memandangkan duduk di negara Arab, sedikit sebanyak bertambah juga ilmu aku nih. Huhuhu. Sekian.
P/s: Kedai gunting rambut kat sini memang tak sama macam kedai gunting rambut lelaki kat Malaysia. Semua taraf salon.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan