Salam
Winter,
Bebaru
nih, aku on the way ke Mujamma3 Sheikh Khalil @ Terminal Bas Sheikh Khalil, dan
macam biasa berjalan kaki. Itulah rutin harian ke JUST. Tetiba
JENG
JENG JENG!!!
Aku
ternampak seorang pakcik tua. Entah macam mana sejurus ku tatap wajah tua yang
dihiasi garis-garis usia itu, di dalam
hatiku terdetik pasal 1 benda. MACAM MANA NAK MUDA SELAMANYA.
Bila
ku amati wajah lelaki tua tu, aku terfikir mesti waktu muda2x dulu pakcik tu
hensem. (sebab org Jordan nih antara org Arab yg memang cantik mukanya) Bila
dah tua…………..
Adatlah
kan. Tapi bila kita tengok orang tua tu sekali imbas, I bet mesti kita pandang
dengan pandangan yang pandang sebelah mata pun tamao.
Ish,
kalau kita tua nanti cam2 jgk ke?
Eh,
xmao ler. Yalah, saham jatuh la, apa lah…
dipuji orang dengan mengatakan “wajah awak nampak mudalah, awak 20 tahun?” “taklah, saya 32” kata Rosmeh Monster. kehkehkeh...
dipuji orang dengan mengatakan “wajah awak nampak mudalah, awak 20 tahun?” “taklah, saya 32” kata Rosmeh Monster. kehkehkeh...
Kalau
itu yg memang kita dok pikir, meh baca smpai abiz entry nih.
Haaa….,
Nih yang dtunggu2x sangat kan!
Tips
TERHANGAT.
PETUA UNTUK MUDA SELAMANYA
CHEYKIEDAUWT
!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1
1. Sentiasa tersenyum@bermanis muka
sesama manusia
Hasil
kajian Saintis-saintis botak di Jerman telah menemui satu hasil kajian yang
menakjubkan di mana 150 wanita dan lelaki dari pelbagai usia dipilih untuk
meneka usia pemilik-pemilik senyuman di dalam 17 gambar wajah-wajah manusia .Ada
gambar senyum(yang paling penting nih), marah, takut, jijik, sedih dan tak
kurang juga ekspresi wajah neutral. Saintis-saintis tu beritahu yang orang
dengan ekspresi senyuman menjadi lebih
menarik dengan cara yang berbeza daripada ekspresi2x lain termasuk kelihatan
lebih muda berbanding usia yang sebenar.
Lagipun
banyak kelebihan senyum ni. Senyum membuat orang berfikir positif tentang kita.
Senyum membuat kita lebih menarik di mana orang yang suka tersenyum membuat
perasaan orang disekelilingnya selesa dan senang. Lepas tu, orang di sekeliling
kita pun akan turut tersenyum. So, you have spread the smile, baby!
Lagi
satu ada sorang kawan aku tu, bukan nak mengata tapi dah la badan dia pun besar
tinggi pulak tu. Dah tu susah untuk senyum. Sekali tengok muka dia macam bapak
orang, mesti orang akan ingat dia dah ada anak 3 orang.(Hehehe)
Senyuman
yang tulus datang dari hati yang jujur. SENYUM. TAK PERLU KATA APA-APA.
2. Jaga Makanan dan Tabiat Pemakanan
Yang
popular aku dengar, ada orang suruh makan ulam-ulaman. Tapi mengikut pengalaman
aku sendiri, sepanjang 3 bulan makanan ruji aku ialah oat. Diulangi OAT!!!
Menurut
kajian, oat ni dipanggil “skin food” sebab tinggi dengan serat, di mana serat membantu
pergerakan usus seterusnya melancarkan proses nyahtinja a.k.a. Berak!!! Berak
pulak membantu membuang bahan2x kotor dari dalam badan(detoxification). Tak
perlu nak minum Juvanex segala macam lagi yang boleh anda dapati di
farmasi2x berdekatan. Save duit, boleh beli hadiah
kat yang tersayang.
3. Bersukan
Haaa,
yang ni lagi satu. Kerja asyik tidur dan berfacebook je. Cubalah
ringan-ringankan sikit badan tu pergi jogging kat Taman Tasik ke, Bukit Larut
ke. Ni tak Kalau tak berselimut atas katil, hadap komputerlah jawabnya.
Tahu tak, kita disarankan bersukan 20 minit setiap sesi dalam seminggu 3 sesi? Best
woo bila keluar peluh sebab rasa lebih sihat.
Lagipun,
banyak jenis sukan yang kita boleh pilih. Futsal, tenis, berenang, pergi Gym
ke. Cuma satu je aku tak sarankan. Golf sebab keluar peluh sebab berjemur je,
bukan buat apa pun. Bersukan memang penting. Kalau tak bersukan, korang nak
simpan kat mana kalori korang tu? Kita mesti bakar tahu tak? Jom marathon dari
Padang Besar ke Tanjung Piai.
Berdasarkan
pengalaman, aku ni
sebenarnya agak liat dalam bersukan nih. Nak bersukan tapi memilih. Nak main
skuasy lah, naik kuda lah. Kat Taiping mana ada pusat skuasy, dan kat Irbid aku
tak pasti. Yang pasti tenis ada. Tunggu ko Irbid.(Hahaha) Tambahan lagi, dengan
berpeluh, bahan kumuh dalam badan kita pun dibuang sama tahu tak? So kulit susah
sikit nak jadi kawah bulan. Bila sihat dah tentu happy. Bila happy dah tentu
senyum. Bila senyum, dah tentu nampak muda.
4. Jaga akhlak
Akhlak
kenalah jaga. Kalau tiap2x hari marah, otot2x muka pun selalu guna, jawabnya
mudahlah nak kendur, alamatnya kerepot dengan cepat. Apabila kita melakukan
kebaikan seperti menolong orang lain, mesti akan rasa satu perasaan puas. Kepuasan ni, merembeskan hormon
serotonin@hormon gembira. Apa itu serotonin? Serotonin ni sejenis hormon yang
terdapat di dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negatif
dan membuatkan seseorang jadi lebih bahagia, dan gembira dan nampak muda.
Tips kat bawah ni untuk orang Islam
5. Banyak berwudhuk
Ini merupakan petua yang paling
mujarab dan yang mesti kita amalkan. Melalui wuduk, kesihatan bertambah baik,
dan yang paling penting, wajah
berseri-seri dan tampak awet muda jika dilaksanakan dengan sempurna. Seharusnya
kita memelihara wudhuk sepanjang masa dan seboleh-bolehnya kita kekalkan diri
kita dalam wudhuk all the times. Memang susah tapi yang susah itulah besar
ganjarannya. Yang paling utama kita kena yakin setiap perintah Allah pasti ada
manfaat dan kebaikan untuk kita.
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
Bersabda Rasulullah s.a.w.:Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak
Ailah1) dan ‘Adan’ airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu
bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang
umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang
menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah
s.a.w.: “Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ya,
ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang
diistimewakan dari umat-umat yang lain.” (Riwayat Imam Muslim)
Ha, macam mana? Sebagai umat nabi
Muhammad, gembira tak kita sekiranya Rasulullah S.A.W. mengecam wajah kita,
mengenali paras rupa kita di akhirat kelak? Alangkah seronoknya kita jika dapat
menikmati nikmat seperti yang dijelaskan dalam hadith di atas.
Allah SWT berfirman yang maksudnya:”
Pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sedang
cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan
kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah
keberuntungan yang banyak (al- Hadid:12).
Bekas-bekas basuhan wudhuk di wajah
kita menjadi penyeri kepada wajah. Alangkah ruginya jika kita kalau tak cuba
ambil peluang ni kan. Sambil-sambil menghilangkan bakteria dan kotoran kat
muka, pahala pun dapat.
6. Banyakkan solat Tahajjud
Apabila mengatakan tentang hal solat Tahajjud,
perkara pokok yang mesti kita ketahui ialah makna solat Tahajjud sendiri. Dari
segi bahasa, "tahajud" bererti
solat malam setelah bangun dari tidur. Jadi mesti tidur dulu walaupun sekejap
sebelum mendirikan solat Tahajjud. Kalau tak tidur tapi tetap menunaikan solat
sunat menurut seorang sahabat dipanggil solat "qiyamullail" (solat
malam). Solat Tahajjud memang tak susah untuk dilakukan, lagipun hanya 2
rakaat. Tapi, yang 2 rakaat itulah yang susah untuk manusia buat. Memang
mula-mula susah tapi bila dah terbiasa senang. Kalau dah buat pun, timbul
masalah untuk istiqamah pulak. Pokoknya semua bermula dengan niat kita dan
keinginan kita.
Tapi dalam hal agama ni ada khilaf.
Ada yang berpendapat tidak perlu pun tidur sebelum mendirikan solat Tahajjud.
Contohnya seperti di bawah seperti yang diberitahu oleh seorang sahabat.
Pernah Abu Bakar berselisih dengan
Umar masalah solat tahajud itu mesti tidur dulu atau tidak. Keduanya kemudian
menghadap kepada Rasulullah dan menceritakan masalahnya, iaitu bahawa Abu Bakar
suka bertahajud tanpa tidur dulu, sedangkan Umar tidur dulu. Rasulullah hanya
menjelaskan bahwa Abu Bakar adalah orang yg hati2 (kerana bimbang tahajudnya
terlewat), sedangkan Umar yg tidur dulu itu adalah orang yg kuat.
Tapi kalau nak khusyuk lebih baik
terlebih dahulu tidur untuk merehatkan tubuh badan.
Dari Aisyah, katanya Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila kamu mengantuk ketika solat, maka tidurlah
terlebih dahulu sampai hilang rasa mengantukmu. Kerana bila kamu mengantuk
dalam solat, mungkin suatu ketika kamu bermaksud memohon ampunan kepada ALLAH,
tetapi ternyata kamu justeru memaki-maki diri kamu sendiri (kerana salah baca
doa).” [Muslim - Kitab Shalat Musafir dan Qashar]
Kesimpulannya, bergantung kepada kita
nak pegang yang mana satu, yang penting kita cuba untuk biasakan diri dengan
solat Tahajjud.
Tentang kelebihan solat Tahajjud,
Rasulullah SAW suatu hari bersabda : “Barang siapa mengerjakan solat Tahajjud
dengan sebaik-baiknya, dan dengan tatatertib yang rapi, maka Allah SWT akan
memberikan 9 macam kemuliaan : 5 di dunia dan 4 di akhirat.”
5 kelebihan di dunia , ialah :
1. Akan dipelihara oleh Allah SWT dari
segala macam bencana.
2. Tanda ketaatannya akan tampak kelihatan di mukanya.
3. Akan dicintai para hamba Allah yang
soleh dan dicintai oleh semua manusia.
4. Lidahnya akan mampu mengucapkan
kata-kata yang berhikmah.
5. Akan dijadikan orang bijaksana, yakni
diberi pemahaman dalam agama.
4 keutamaan di akhirat, iaitu :
1. Wajahnya berseri ketika bangkit
dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
2. Akan mendapat keringanan ketika hisab.
3. Ketika menyeberangi jambatan
Siratul Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti halilintar
yang menyambar.
4. Catatan amalnya diberikan ditangan
kanan.
Kesimpulannya,
apa yg aku dpt ialah muda bukan selamanya. Yg cantik2x n lawa2x hari ni,
mungkin 20 tahun akan dtg dah berkedut, botak xpun berperut boroi macam Dale3
Karshak.(hehehe).
p/s:
Bebaru ni aku ada Nampak sorg lelaki Arab berperut besoar dan boroi kat depan
kedai Dale3 Karshak pakai baju merah dan seluar jeans biru. Pergh, mascot daaaa. Oh, lagi satu ayam goreng Dale3 Karshak lagi sedap drpd KFC.









