Selasa, 29 November 2011

Post Pertama. Aku, Saya, & Luqman.


Bismillahirrahmanirrahim.

Kelihatan  seekor kucing meniti di atas tembok batu. Aku termenung merenung ke luar jendela dari kamar. Sungguh sejuk rasanya. Suhu lbh kurang 8°C. Huh, memang sejuk. Mulut aku dah berasap2. Nak buat apa nih? Ah, tidurlah. Memang betul cakap senior. Musim sejuk ni musim hibernasi. Kebanyakan orang jadi beruang kutub.
Erm, kat mana aku sekarang ni?


X mngkin kat Malaysia kan, sebab Malaysia mana ada musim sejuk. Habis tu kat ne? Kutub utara?

Jauh dah tu, der. Bawah sikit.


Mana? Okey2x. Rusia.

Aha, no no no.


US

Bukan Uncle Sam.


Paris.

Lalala.


Milan? London?


Silap, London memang salah satu tmpat impian aku nak pergi, tapi belum rezeki lagi.


Jerman?

Salah tu beb. Try lagi.


Asyik salah je. Kat mana?

Teka lagi.


Uganda? Gelang Patah? Padang Piol? Menggatal? Tikam Batu? Betis Patah? Dinding? Tongkang Pecah?

Agak2x lah.


Habis tu? Dah mana lagi ada salji? Kau kat Antartika ke? Tempat mana lagi ada winter?


Utk pengetahuan semua, salji belum ada lagi. Tapi apa yang dapat kita simpulkan kat sini, pemikiran kita selalu merujuk negara Eropah @ West bila sebut pasal winter @ musim  sejuk.
Kalau nak tahu, semua negara beriklim sederhana & subpolar mengalami 4 musim. Sebenarnya aku sekarang di Irbid, Jordan. Sebelum aku ceritakan tentang Irbid, aku rasa baiknya kalau aku ceritakan macam mana aku boleh berada di sini.


Macam mana aku boleh berada di SINI???

Semuanya bermula dengan keputusan SPM 2010. Alhamdulillah, dengan keputusan yang cemerlang, itu menjadi tiket untuk aku memulakan langkah bagi melanjutkan pengajian di peringat yang lebih tinggi. Hampir semua borngg biasiswa aku isi & interview aku pergi, JPA , Petronas, IPG, semata2x nak rebut tempat di menara gading. Terima kasih guru2x yg telah mengajar aku dari tadika sehingga SPM, terutamanya guru-guru di SMK Klian Pauh, Taiping

Akhirnya, aku dpt tajaan JPA tawaran melanjutkn pelajaran di Jordan dalam bidang PERGIGIAN.(Sebenarnya ada lagi tawaran lain tapi ini yg paling bagus aku dapat, yelah sume org nak tajaan JPA nih)
X pasal2x dapat title OKB (Orang Kaya Baru) or OKM (Orang Kaya Mengejut). Tapi sebelum tu aku dikehendaki untuk menjalani program persediaan di INTEC (nanti aku citer pasal INTEC  nih). Walaubagaimanapun abang2x, kakak2x, saudara2xku yg dikasihi sekalian, ayah aku tidak memberikan kebenaran utk ke MIDDLE EAST. Ye lah time 2 kan Mesir & Libya tgh bergolak…& BERGOLEK…Hehehe.

Ibu aku suruh aku terima tawaran 2, sebab nak suruh aku berdikari. Ye lah aku kan dari SEKOLAH HARIAN BIASA a.k.a. SMK. Jadi kalau aku ke sana sekurang2nya aku dapat belajar hidup sendiri. Aku terima tawaran tu tapi aku tidak mendaftar pada tarikh yang ditetapkan. Aku pun sebenarnya agak tertekan dan dilema sebab waktu isi borg JPA dulu aku tak apply untuk Dentistry Middle East, Aku cuma apply DENTISTRY. Lagipun aku tak suka Bahasa Arab.
  
Sebab aku rasa malas nak belajar Bahasa Arab, aku decide untuk ke UiTM Penang untuk buat Asasi Sains (M001) (Kalau x silap aku, itu kod course tu). Tapi sebenarnya dalam hati tetap rasa rugi sebab tawaran JPA, bukan senang nak dapat. Semua orang berebut. Tapi biarlah. Dah masa itu aku dah buat keputusan sebegitu, so follow with the flow je lah kan.
UiTM Pulau Pinang



Masa di UiTM Penang tu, aku dapat roommate yg best r. Zul, Din & Daniel. Tapi yang tak berapa nak best bilik kecik sangat!!! Tapi still okay, sebab itu tak penting sangat kan? Seminggu kat situ, biasalah Minggu Destini Siswa @ MDS. Pergh, rambut aku kena potong der, sebab panjang sangat. Tapi ok ler. Aku tak kisah pun. Tapi yang menguji kesabaran jiwa dan raga kitorang masa tu, kitorg diberi masa tidur dari 1 pagi smpi 4 pagi termasuk time basuh baju.

TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ngantuk. Time dgr ceramah faham2xlah. LENA!

Tapi aku rasa MDS tu paling best r. Nama2 Fasilitator pn exotic tahap x ingat. Nyamuk, Botak, Siput. Hmmmm…..(pelik2x).
Nyamuk Aedes

Botak(!~!)





Selepas sminggu berkongsi suka dan SUKA di UiTM Penang, kami menerima satu berita mengejut! Kami kena pindah ke UiTM Puncak Alam @ PALAM. Sbbnya kat PALAM masih ada kekosongan utk ditampung oleh kami anak2x org yg hensem2x & smart2x nih. Aku sedih jugak sebab Penang ngan Taiping (rumah aku kt Taiping) x jauh, paling2x 40 minit dah sampai. Sedih r kat PALAM. Dah le dalam hutan. Ringkasnya, di keheningan & kebisingan pagi Ahad yg sibuk, dibasahi embun segar di dedaunan nan hijau, kami pun dipindahkan ke PALAM.
UiTM Puncak Alam


Di PALAM, kitorg duduk kat Apartment A4. Aku ingat lagi nama blok rumah kitorg. Kat rumah tu, aku duduk dengan 7 orang lagi housemate, Din & Zul (roommate kat Uitm Penang), Ayiep, Yus, Din SP (nak jugak SP), Mal & Man. Siyezly, aku rasa best spnjang 1 minggu di PALAM dengan dorg. Entah kenapa, kalau aku cakap aku dah takkan dapat kawan2x yang macam dorg….. ( tak semua kawan sama, kan) Aku pegang pada prinsip, hari ni kita berkawan dan berpisah, Insya Allah di syurga harap kita berjumpa.

Kat PALAM mmg 1st class facilities. Aku punya kelas C6. Sekelas ngan childhood classmate aku, Hakimi Zulkepli. Time makan lepak dengan dia, Hadi & Anuar. Tapi masa tu, kakak aku dah berurusan dengan pihak JPA, dan pihak JPA benarkan aku mendaftar di INTEC( Aku lebih suka sebut UiTM INTEC). So, aku ponteng kelas 1 hari, kebetulan hari tu aku demam. Aku mendaftar di INTEC. Roomate aku, Zul punya r ingat aku kena demam DENGGI, sebab sampai malam aku tak balik2x. Bila aku balik semula ke kolej kitorg malam tu, aku maklumkan kepada kawan2x serumah yang aku telah mendaftar di INTEC. Entah kenapa hati ini berat untuk berpisah dengan diorang. Tapi, demi masa depan aku perlu terima juga. Tinggallah kenangan aku kat PALAM.

UiTM INTEC


Apabila aku di INTEC, bermakna aku dah jadi siswa utk 3 UiTM dlm 1 tahun (unik kan?). Di INTEC, memang banyak benda baru yang aku belajar. Yelah budak2x dari sekolah hebat2x ramai kan? Lagipun mereka dari aliran agama, ada latar belakang agama. Semasa di INTEC, aku dah tetapkan yang aku tidak sekali-kali jadi orang lain, aku cuma mahu jadi diri aku. Aku tak mahu jadi SYADID sangat macam sesetengah orang yang lain. Cuma kalau ada benda baru yang aku belajar (hal agama) aku akan ambil. Di situ, aku ditempatkan di bawah program MEP (Middle East Program). Kelas aku namanya MEJ 5. Semasa di INTEC baru aku tahu yang JPA dah tak hantar pelajar buat Dentistry di Eropah sebab kos tajaan yang tinggi. Jadi, aku kenalah terima hakikat. Classmate aku memang best jugak. Sekiranya nak diceritakan pasal kat INTEC memang tak habis. Banyak kenangan kat situ. Kenangan puasa, jaulah ke KLIA (hahaha! Balik lewat smpi kena marah ngan mak guard), MEP Dinner, INPRO, International Food Festival, BTN @ Birotatanegara (BTN kitorg kat Kompleks KLIA mmg best, kesian bdk2x yg BTN kat Meru, hahaha).

Habis 3 bulan kat INTEC, lepas Raya Aidilfitri, budak2x MEP (Mesir & Jordan) fly ke destinasi masing2x pada 15/9/2011. 


Aku tiba di KLIA pada pukul 1.20 pagi. Sejurus aku mmemasuki pintu untuk penerbangan antarabangsa, aku terus bawa barang untuk ditimbang. Angah suruh ambil troli bagasi, kemudian pergilah timbang beg. Ada seorang staf perempuan bagi tag untuk beg kargo. Aku pun ambik je la. Aku bawak 2 beg kargo. Cari punya cari tempat timbang bagasi, tak jumpa-jumpa. Aku pun terus approach Ikhwan, classmate aku kat INTEC, kebetulan dia ada berdekatan. Dia kata timbang di kaunter E17. Aku pun timbang barang kat situ. Timbang punye timbang, 46 kg. staf kat situ cakap kena keluarkan sebab had berat beg kargo 25 kg.  Abah kata mula2x kalau lebih, bayar je. Tapi faham2x sendiri lah (1 kg 90 ringgit kalau x silap aku). Kenalah keluarkan barang2x. Timbang baggage kedua sahaja 10 kg. Baggage pertama pulak kena lah keluarkan  barang sampai 25 kg. selepas itu, aku bawak timbang baggage pertama. Tapi x puas hati timbang kedua-dua beg 33 kg. Keluarkan lagi barang, call Hafify (classmate kt INTEC. Kitorg memang plan nak duduk serumah kat Jordan). Hafify cadangkan bawak 1 beg je. Lepas tu, keluarkan barang2x lagi, jadikan 1 beg. Aku putuskan untuk bawa baggage pertama je. Akhirnya lepas juga sebab berat beg tu semasa ditimbang 25.5 kg. Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat sebab masa tu Along, Angah n Joe tolong aku keluarkan barang2x dan jadikan 1 beg. Kalau aku sorang2x, mesti tak mampu untuk buat semua tu seorang diri. Dari pukul 1.30 hingga 3.30  keluarkan barang, baru lepas. Kemudian, aku pun pergi check-in dekat kaunter 1. Dekat situ jumpa Mok Ti & Pak Cik Amir dengan anak2x mereka, Amirul Iman & Kasih. 

Lepas check-in, aku terus pergi dekat mama. Nenek x sampai lagi. Kalau ikutkan pukul 6, kitorg kena berkumpul di kaunter imigresen untuk berlepas. Taufik dah tersedar daripada tidur. Kitorg makan kek yang dah dibeli kat secret recipe. Lepas tu, mak cik yang duduk dekat ngan kitorg cakap waktu subuh dah masuk, tapi surau sesak. Aku takut x sempat sebab kitorg kena berkumpul kat kaunter imigresen. Aku pun pergi je surau. Aku ternampak ada satu family yang solat kat balai pelepasan, atas lantai. Terharu aku rasa. At last aku terus ke kaunter imigresen. Pastu solat Subuh sebelum naik aerotrain ke terminal C. Pukul 8.30 pagi lebih kurang kitorg pun fly.
Fly To Who You Are!


Sampai di Jordan (Queen Alia International Airport) dah rasa bahang panas tapi angin dye sejuk cam air-cond. X taw camna nak describe. Time 2 penghujung musim panas/awal musim luruh. Kitorg disambut oleh senior2x PERMAI (Persatuan Mahasiswa Irbid). Kat Amman mmg cantik. Masuk Irbid, JENG3X! Tahu tak apa yang aku nampak???


SAMPAH, SAMPAH, SAMPAH! (Padahal kat Malaysia pun ada sampah)
Sampah


Tapi perangai org Arab, mentang2x negara diorang jarang hujan, cuaca kering dan tak berlaku banjir kilat, diorang buang sampah sesuka hati je (padahal org Malaysia pn apa kurangnya), tapi diorag ni kurang la kesedaran tentang kebersihan nak dibandingkan dengan rakyat Malaysia.

Irbid, yang dahulunya dikenali sebagai Arbella terletak lebih kurang 80km ke utara Amman menempatkan seramai hampir 900 mahasiswa mahasiswi Malaysia yang menuntut di 2 universiti, iaitu, JUST (universiti aku) & Universiti Yarmouk (ni Universiti Ustaz Kamal kat SMKKP dulu, depan rumah aku je). Asalnya JUST dan Yarmouk 1 Universiti yang sama, tapi disebabkan nak mudahkan pengurusan, kedua2xnya diasingkan. Lagipun JUST agak jauh dari pusat bandar Irbid.


Irbid



Sedikit info tentang Irbid, peperangan Yarmouk berlaku di sini yang mana lebih kurang 36,000 tentera Islam telah mengalahkan hampir 250,000 tentera Rom pada tahun 15 Hijrah, di bawah pemerintahan Khalifah Umar Bin al-Khattab RA. yang menjadi perintis pembukaan Syria. Al-Zubair menceritakan bahawa diriwayatkan daripada Abdullah bin Mus’ab katanya:


"Dalam peperangan al-Yarmouk, sebelum syahidnya al-Harith bin Hisham, ‘Ikrimah bin Abi Jahal dan Suhail bin ‘Amru, mereka didatangi dengan pembawa air, walaupun cedera parah, mereka tidak meminumnya sebaliknya menyuruh agar diberikan air kepada saudaranya, mereka semua syahid tanpa seorang pun meminumnya.Perawi berkata: ‘Ikrimah meminta air, dia melihat Suhail memandangnya lalu ‘Ikrimah berkata: berikan air ini kepadanya, apabila air sampai kepada Suhail, dia melihat al-Harith memandangnya, lalu Suhail berkata: berikan air ini kepadanya, sebelum sempat air sampai kepadanya, mereka bertiga telah syahid." (Ibn Abd al-Barr, al-Isti’ab fi Ma’rifati al-Ashab, jilid 1, hlmn 333) 


Okey, back to the story, pastu ada lah pulak Minggu Haluan Siswa(MHS) tapi xde lah teruk cam kat UiTM Penang dulu. Cuma sesi suai kenal & pendedahan ttg Universiti. Aku ingat lagi time awal2x kat Jordan nih, kitorg budak2x lelaki JPA ditempatkan kat satu sakan @ rumah bertingkat (dlm 5 tingkat, cam2 je rumah kat sini). Rumah 2 plak takdak air, so masing2x cari rumah sendiri. At last dapat gak rumah baru, tingkat ke-4. Selesa r rumah kitorg, siap ada tv. Channel apa korg nak? Channel KOREA pun ada, tapi aku x wonder pun pasal Korea2x nih. Hehehe.


Kat rumah tu, aku duduk ngn Hafify (bdk Kelate), Icap( bdk Ganu) & Akmal Kei( bdk Selangor). Memang r memula kat negara org, kena r cari periuk belanga nak memasak. Nasib baik rice cooker Fify dah bawak dari Mesia. Aku pulak dah bawak kettle & iron. Sepanjang di Irbid ni ada gak beli barang persediaan utk musim sejuk.

Awal2x tu ada gak r senior bawak jalan2x tinjau Universiti. Universiti aku namanya Jordan University of Science and Technology (JUST). 15 minit prjalanan dgn menaiki coaster (bas kecil) dari pusat Bandar Irbid. JUST ditubuhkan pd 1986 dan berada di barisan hadapan IPT2x di Timur Tengah & disenaraikan dalam top 3 Universiti-universiti terbaik dlm dunia Islam. Di JUST, ada 12 fakulti, dan fakulti aku sah-sah fakulti DENTISTRY.   


JUST

Dalam Coaster

Bila aku tengok balik perjalanan hidup aku sepanjang tahun ni, banyak sangat yang dah aku lalui sehingga ke hari ini di saat ini. Macam2x. Daripada kerja cashier kat The Store, pembancuh air/tukang cuci lantai/waiter/tukang basuh pinggan/siang udang & sotong di Azra Restaurant, dapat result SPM, pergi segala interview UiTM Penang, UiTM PALAM, UiTM INTEC, BTN, fly ke Jordan, JUST, Raya Haji di Irbid banyak sgt kenangan manis, suka & tak berapa suka yang telah aku lalui. Cuma aku harap aku dapat stick to my goal utk menjadi seorang DOKTOR GIGI YANG BERJAYA.
INSYA ALLAH.

Dan sekarang ni pun dah musim sejuk. Semalam pun dah mencatat suhu paling minimum setakat kami berada kat sini, 1°C. Harap aku tak jadi beruang kutub kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan